Wednesday, October 23, 2013

================================
|| Untuk versi ebook, sila KLIK DI SINI ||
================================
 

PENGENALAN

Secara ringkas, Kiub Rubik adalah 3-D permainan mekanikal dikenali juga sebagai "Magic Cube". Ia telah diberi lesen oleh Professor Rubik iaitu pencipta kiub rubik ini pada 1980 dan telah memenangi "German Game of the Year" untuk "Best Puzzle". Pada Januari 2009, 350 juta kiub telah dijual seluruh dunia membuatkan ia menjadi permainan paling laku di dunia.

ASAS PERGERAKAN KIUB RUBIK 

Berikut adalah pergerakan asas kiub rubik yang perlu anda ketahui. Sebelum pergi ke langkah seterusnya, sila hafal dan ingati langkah dan simbol pergerakan.


LANGKAH 1 | PUTIH "+"

Sila pastikan bahagian putih terletak di bahagian atas. Sasaran anda ialah membina bahagian putih seperti tanda tambah “+” dan turutan dua (2) warna di setiap empat (4) permukaan tepi kiub.
Langkah ini boleh dicapai melalui latihan dan “try and error” tapi jangan risau, saya ada tips rahsia.

TIPS: Selesaikan Langkah 1 ini mengikut turutan warna berikut yang bermula dari biru, oren, hijau dan merah. 


Pastikan warna putih berada di permukaan atas. Pusing bahagian kanan (R), satu pusingan atau lebih sehingga kiub menjadi seperti di sebelah. Jika kiub anda seperti di sebelah, selesaikan warna lain iaitu oren, hijau dan merah.

1.2. Jika kiub anda seperti ini, gunakan turutan di bawah sehingga kiub anda menjadi seperti 1.1 dan selesaikan warna yang lain. 

**Ulangi langkah 1.1 jika perlu.


**Jika kiub anda seperti sasaran Langkah 1, teruskan kepada Langkah 2.

LANGKAH 2 | WARNA PUTIH PENUH

Sasaran anda adalah menyelesaikan permukaan putih seperti gambar di bawah.



TIPS: Pastikan penjuru bucu kiub terdapat warna putih bersama dua warna yang sama dengan permukaan yang bersebelahan dengannya. Lihat contoh gambar di bawah.


2.1. Halakan permukaan berwarna merah menghadap anda kerana kita akan selesaikan permukaan berwarna merah dahulu.  Pastikan terdapat tiga (3) warna sahaja pada bucu bawah kanan atau bucu atas kanan kiub iaitu merah, biru atau putih sahaja. Pusing bahagian bawah (D) untuk mendapatkan 3 warna tadi (jika perlu).

2.2. Setelah tiga (3) warna tersebut berada di kedudukannya, sila ikuti langkah berikut:

 

Ulangi langkah ini sekali atau beberapa kali (maksimum 6 kali) sehingga kiub anda menjadi begini.


Untuk permukaan seterusnya, ulangi langkah 2.1 dan 2.2 sehingga selesai keempat-empat permukaan.

**Jika kiub anda seperti sasaran Langkah 2, teruskan kepada Langkah 3.

LANGKAH 3 | PERMUKAAN TENGAH

Pusingkan permukaan putih yang telah diselesaikan dalam Langkah 2 tadi ke bawah. Sekarang kita akan selesaikan bahagian seterusnya iaitu bahagian tengah.


TIPS: Pusing permukaan atas (U) sekali atau lebih jika perlu dan pastikan warna biru, merah atau oren berada seperti kedudukan di bawah (rujuk gambar 3.1 dan 3.2).

3.1. Jika warna oren berada sejajar dengan biru (rujuk gambar 3.1), gunakan pergerakan di bawah.


3.2. Jika warna merah berada sejajar dengan biru (rujuk gambar 3.2), gunakan pergerakan di bawah.
 

**Jika kiub anda seperti sasaran Langkah 3, teruskan kepada Langkah 4.

LANGKAH 4 | KUNING "+"

Pastikan permukaan berwarna kuning berada di sebelah atas. Sasaran untuk Langkah 4 adalah seperti gambar di bawah. 

TIPS: Dalam Langkah 4 ini, selesaikan permukaan berwarna kuning sahaja. Abaikan warna yang lain. Jika kiub anda seperti di atas, sila teruskan kepada Langkah 5.

4.1. Jika kiub anda seperti di bawah, gunakan langkah yang ditunjukkan di sebelah kanannya.


**Jika kiub anda seperti sasaran Langkah 4, teruskan kepada Langkah 5.

LANGKAH 5 | SISI TEPI

Sasaran anda adalah seperti gambar di bawah. 

TIPS: Pada salah satu atau lebih pada permukaan sisi, pasti akan terdapat permukaan yang selari warnanya seperti di sebelah. Jika tidak, pusingkan permukaan atas (U) untuk mendapatkan keselarian warna tersebut. Gunakan warna yang selari sebagai origin atau paksi kiub.

Gunakan langkah di bawah untuk mencapai sasaran Langkah 5 ini. 


Ulangi langkah ini beberapa kali sehingga keempat-empat permukaan menjadi seperti sasaran di atas.

**Jika kiub anda seperti sasaran Langkah 5, teruskan kepada Langkah 6.

LANGKAH 6 | BUCU KIUB 

Dalam Langkah 6, sasaran anda adalah seperti salah satu daripada gambar di bawah.


TIPS: Di antara keempat-empat penjuru, pasti akan terdapat satu penjuru dengan tiga warna yang berada dalam warna keluarganya seperti berikut:

Kuning – Biru – Merah         |        Kuning – Merah – Hijau
Kuning – Hijau – Oren         |        Kuning – Oren – Biru 


Jika kiub anda seperti salah satu daripada gambar di atas, ambil bucu penjuru sebelah kanan atas sebagai paksi kiub untuk menyelesaikan sasaran Langkah 6 ini. 


Ulangi langkah ini beberapa kali sehingga keempat-empat bucu berada di dalam warna keluarganya iaitu:

Bucu 1: Kuning – Biru – Merah
Bucu 2: Kuning – Merah - Hijau
Bucu 3: Kuning – Hijau – Oren
Bucu 4: Kuning – Oren – Biru

**Jika kiub anda seperti sasaran Langkah 6, teruskan kepada Langkah 7. 

LANGKAH 7 | LANGKAH TERAKHIR

Berikut adalah sasaran anda dalam langkah terakhir ini iaitu menyelesaikan kiub rubik.
Untuk menyelesaikan langkah terakhir ini, sila KLIK DI SINI.

Semoga berjaya.


Terima kasih.

1 comment:

  1. LuckyClub Casino site - Sign up and get LuckyClub
    Register and play our amazing site. Register here and play now! All your luckyclub.live favourite games, sports betting, casino games, live casino games.

    ReplyDelete